Dengan izin Allah, akan ada banyak lagi post yang bermanfaat :) Refresh +Follow
Wudhuk Isam bin Yusuf :')
December 21, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum..
Saya ingin berkongsi satu kisah yang berkaitan post sebelum ini iaitu solat yang khusyuk. Saya harap kalian akan menginsafi setelah membaca kisah ini :')

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaki dirinya yang selalui dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara;
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan 
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (Riya’)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan hatim.

Hmm jadi apa yang kalian fikirkan? Hmm jagalah solat dengan khusyuk dan sempurna insyaAllah, Allah akan menjaga kalian :) Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain. InsyaAllah..

Older Post
Attention please.

Ini blog peribadi. Mohon tinggalkan jejak anda.
Hai Assalamualaikum. Nama saya Husna. 16y/o. Ini blog peribadi saya. Saya hanya tulis apa yang saya mahu. Mohon tegur diri ini jikalau salah. Silakan baca post saya dan follow okay n___n