Bagaimana kita nak khusyuk dalam solat?
December 13, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum..Saya nak kongsi satu petua dengan kalian. Hihi kita semua tahu memang susah kalau nak khusyuk dalam solat kan? Mesti ade banyak perkara yang terlintas dekat fikiran kita. Tapi kalau kita tak cuba nak khusyuk dalam solat, sampai bila-bila kita takkan boleh buat. Sebab kita takde usaha!
Ingat ayat ini wahai sahabat ku, Allah melihat usaha seseorang itu walaupun dia tidak diberi ape yang dia nak. Dia tahu apa yang hambanNya boleh buat dan apa yang hambanNya tak boleh buat :')
Sebenarnya yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, 'hudhur al-qalbi' (hadirkan hati). Yang dimaksudkan hudhur alqalbi di sini adalah berusaha membuang segala sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan solat, dan juga membuang segala perkara yang tidak ada hubungan dengan Allah SWT yang dihadapkan segala bacaan dan ucapan. Untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan solat.
- Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. Perkara yang tidak pastinya halal/haram adalah syubhah dan tidak sah jika di bawa ke solat.
- Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
- Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apabila masa hampir luput.
- Membaca dengan baik (husnul qoriah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya (tafahum). Ini kerana bacaan -bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. Surah Al-Fatihah wajib dibaca kerana ia adalah rukun solat. Apabila salah sikit je sebutannya maka tidak sah solat kita.
- Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (khudunul kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
Rasa malu (haya’) perasaan malu terhadap Allah SWT, rasa takut (khauf) kepada kekuasaan Allah. - Berharap serta yakin (optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
- Jangan lalai ketika Takbiratul Ihram iaitu menyebut kalimah Allahu Akbar yang bererti Allah Maha Besar, ketika menyebut lafaz ini janganlah hati menyimpang ke lain. Hati diajak hadir/ikut, khadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
- Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. Merasai keajaiban sujud terakhir. Setiap kali anda ruku’ dan sujud, sentiasalah memperbaharui ingatan kepada Allah. Ketika anda tunduk meletakkan dahi ketika sujud, hendaklah merasakan bahawa anda sedang merendah hati dan menghina diri kepada kepada suatu Zat Allah yang Maha Agung dan pada masa yang sama anda merasakan diri anda amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Allah Taala.
- Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan.
- Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
- Mengambil wuduk dengan sempurna.
- Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tersahut melihat anak jari.
- Azan dan Iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
- Ditegah sembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
- Yang paling penting sila silent kan handphone anda. Hehehe atau tutup jelah :)
Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebgai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan 'munajat' (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.
Sayidina Ali k.w boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.
Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukan kepala, tetapi khusyuk itu dalam hati."Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikamt solat seperti firman Allah yang bermaksud:
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi rang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah: ayat 45-46]Alhamdulillah, inilah post saya untuk minggu ini. Harap ianya membantu :') Saya hanya ingin menyampaikan apa yang disampaikan oleh ustaz saya. Saya hanya ingin menyampaikan kepada orang lain. Saya minta maaf terlebih dahulu :)
Wassalam...